SAUDARA PENGARANG,PERHIMPUNAN kesyukuran berikutan keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) pada 8 Disember ini adalah satu wadah perjuangan dan titik pertemuan penyatuan umat Melayu Islam yang selama ini berpecah-belah akibat perbezaan ideologi politik. Perpecahan umat Melayu selama ini sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri akibat daripada adu domba dan fitnah secara halus daripada pihak bukan Melayu yang telah mengeksploitasi kelemahan orang Melayu setelah…










