Kepesatan penggunaan teknologi masa kini serta permintaan masyarakat yang gemar membuat pembelian menerusi dalam talian telah mendorong wanita berusia 35 tahun ini untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, Hilda Rosli tidak menganggap peranan sebagai ibu dan isteri membataskannya melakukan perniagaan walaupun hanya dari rumah. Bermula sebagai peniaga kain dan pakaian, wanita kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini mempelbagaikan jualan kepada produk kecantikan seiring permintaan masyarakat…










