SAUDARA PENGARANG,KEMATIAN Muhammad Adib Mohd. Kassim memberi kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat. Beliau dipukul sehingga mati semasa ingin menjalankan tanggungjawabnya sebagai anggota bomba. Tidak pasti apa yang difikirkan si pelaku sehingga bertindak begitu kejam. Di sebalik berita kematian wira negara ini, terdapat seorang individu yang menjadi sasaran masyarakat terutama netizen iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy. Beliau dikatakan memberi kenyataan yang tidak bertanggungjawab dengan menyalahkan Polis…










