Hati Presiden Rusia sudah dimiliki? - Utusan Malaysia

Hati Presiden Rusia sudah dimiliki?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 21 Dis. – Presiden Rusia, Vladamir Putin memberi bayangan seolah-olah hatinya sudah ‘dimiliki’ dan bakal menamatkan zaman dudanya.

Portal Newsweek melaporkan, beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti wanita yang akan dikahwininya.

Putin yang berusia 66 tahun bercerai dengan bekas isterinya, Lyudmila pada 2013 selepas 30 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan, Katerina dan Maria.

“Sebagai seorang yang dihormati, saya mungkin perlu melakukan perkara ini pada suatu hari,” katanya kepada wartawan di sini semalam.

Putin sebelum ini pernah dilaporkan menjalin hubangan dengan bekas ahli gimnas Olimpik, Alina Kabaeva, namun dinafikannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN