Harimau Malaya pilih laluan berliku di Hanoi - Utusan Malaysia

Harimau Malaya pilih laluan berliku di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Skuad Harimau Malaya berdepan laluan berliku untuk menjulang trofi Piala AFF selepas terikat 2-2 dalam aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe perlu meraih kemenangan di Hanoi, Sabtu ini atau seri dengankeputusan tiga gol untuk mengatasi kelebihan jaringan yang dimiliki Vietnam bagi mengulangi pencapaian 2010.

Dalam aksi hari ini, Harimau Malaya dikejutkan seawal minit ke-21 hasil jaringan Nguyen Huy Hong yang berjaya menyudahkan hantaran pantas Phan Van Duc sebelum dibolosi buat kali kedua, tiga minit kemudian hasil jaringan Pham Duc Huy yang menerima hantaran Van Duc.

Skuad Cheng Hoe bagaimanapun tidak berputus asa apabila berjaya merapatkan jurang menerusi 
Shahrul Saad berjaya menanduk masuk bola ke dalam gawang pada minit ke-36 berpunca daripada sepakan Syamer Kutty Abba.

Safawi Rasid menggembirakan 85,000 penyokong yang hadir apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 menerusi rembatan dari luar kotak penalti yang berjaya menewaskan penjaga gawang, Dang Van Lam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN