MASIH ada 90 minit perlawanan untuk skuad Harimau Malaya memperbaiki segala kelemahan sekiranya berhasrat untuk menjulang trofi Piala AFF Suzuki buat kali kedua selepas terikat 2-2 dengan Vietnam dalam aksi final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin. Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe optimis pasukannya masih lagi berpeluang untuk muncul juara tetapi dengan syarat anak-anak buahnya perlu menggandakan usaha dalam final kedua yang bakal berlangsung di…










