HANOI 15 Dis. – Harimau Malaya sudah memberikan segala-galanya yang terdaya, namun usaha keras mereka gagal menghadiahkan Piala AFF buat Malaysia apabila tumpas 0-1 kepada Vietnam dalam perlawanan akhir di Hanoi, hari ini. Jaringan pantas Nguyen Anh Duc seawal minit keenam cukup untuk mengesahkan kejuaraan buat skuad Naga Emas, yang menumpaskan Malaysia menerusi agregat 3-2 selepas seri 2-2 dalam final pertama di Bukit Jalil, Selasa lalu. Ini kejuaraan kedua diraih…