SEPANG – Skuad Harimau Malaya mendapat suntikan semangat menghadapi Vietnam pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018, setelah dua tonggak di bahagian pertahanan, kembali pulih daripada kecederaan untuk aksi berkenaan di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini. Dua pemain berkenaan adalah pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abd. Radzak dan pertahanan kiri, Muhammad Syazwan Andik Mohd. Ishak yang tidak diturunkan pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada…










