Harimau Malaya bersedia menghadapi Vietnam - Utusan Malaysia

Harimau Malaya bersedia menghadapi Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Skuad Harimau Malaya giat menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pagi ini sebagai persediaan untuk perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menentang Vietnam malam esok.

Pemain Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamadou Sumareh
Pemain Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamadou Sumareh pada sesi latihan bagi persiapan menjelang aksi final pertama Piala Suzuki AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil,hari ini. – UTUSAN ONLINE/ABDUL RAZAK LATIF

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu akan beraksi pada perlawanan akhir pertama yang akan berlangsung di Stadium Nasional sebelum pasukan negara bertandang ke Hanoi untuk pusingan kedua yang bakal menobatkan juara Asia Tenggara.

Perlawanan akhir ini bakal menyaksikan pertembungan sengit bukan sahaja antara kedua-dua pasukan tetapi juga para penyokong apabila semua 80,000 tiket sudah habis dijual pagi semalam.

Skuad Harimau Malaya menjalani sesi latihan bagi persiapan menjelang
Skuad Harimau Malaya menjalani sesi latihan bagi persiapan menjelang aksi final pertama Piala Suzuki AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE/ABDUL RAZAK LATIF
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN