Hari duka rakyat Malaysia - Mufti Wilayah - Utusan Malaysia

Hari duka rakyat Malaysia – Mufti Wilayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim ke rahmatullah sebagai hari duka rakyat Malaysia.

Walaupun dugaan itu disifatkan sebagai amat berat untuk ditanggung, namun Zulkifli turut mendoakan supaya keluarga Muhammad Adib dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian tersebut.

Dalam masa yang sama, Zulkifli turut menuntut pihak berwajib supaya menyegerakan proses undang-undang dengan adil.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian insan yang dikasihi ini. Kepada warga bomba, kami amat bersimpati atas beberapa musibah yang menimpa sebelum ini termasuklah pemergian Muhammad Adib.

“Hari ini adalah hari berduka bagi seluruh rakyat Malaysia. Kami menuntut supaya tragedi ini tidak tamat di sini sahaja. Ianya patut diselesaikan secepat mungkin oleh pihak berwajib dengan seadil-adilnya,” katanya dalam akaun Facebook miliknya, malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN