Harapan nelayan - Utusan Malaysia

Harapan nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 2 Dis. – Persatuan Nelayan Pahang (Pernepa) menerima pelbagai rungutan dan harapan golongan nelayan di negeri ini melibatkan pelbagai perkara termasuk aspek kebajikan serta masa depan mereka.

Pengerusi Pernepa, Zulkiflee Md. Yusof berkata, perkara ber­kenaan tentunya ditujukan kepada kerajaan baharu pim­pinan Pakatan Harapan.

“Berhubung elaun sara hidup misalnya, perkara ini tidak disentuh dalam Belanjawan 2019 namun diberikan jaminan tetap diteruskan.

“Apa yang diharapkan nelayan adalah kerajaan baharu melakukan penambahbaikan terhadap pemberian elaun itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Zulkiflee berkata, berhubung elaun sara hidup, Pernepa me­nyambut apa sahaja pendekatan kerajaan berhubung perkara itu kerana yang penting ia dite­ruskan.

Ketika musim tengkujuh yang dijangka sehingga Februari depan, katanya, golongan nelayan sememangnya mengharapkan bantuan kerajaan kerana pendapatan mereka terjejas kerana tidak dapat turun ke laut sepanjang musim tengkujuh.

Selain itu, katanya, Pernepa sering kali menerima rungutan golongan nelayan berhubung pencerobohan nelayan asing terutama dari Vietnam di kawasan perairan negara termasuk di Pantai Timur.

“Pencerobohan nelayan ­asing ini khususnya dari Vietnam cukup serius. Setiap hari mereka pasti berada di perairan negara.

“Mereka ini bukan sahaja menangkap ikan tidak mengikut peraturan ditetapkan, malah menggunakan pukat ganding dan tidak mendaratkan ikan di negara ini,” katanya.

Menurutnya, bukan tiada penguatkuasaan tetapi perlu diperhebatkan lagi kerana pencerobohan nelayan asing boleh menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN