KUALA LUMPUR 18 Dis. – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berharap agar segala polemik berkaitan dengan kepemimpinan parti itu dapat dihentikan. Beliau turut berharap seluruh pemimpin dan pendokong wadah perjuangan UMNO di semua peringkat dapat kembali memperkukuhkan saf dan memfokuskan kepada agenda pembaharuan serta pemerkasaan parti. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana berjiwa besar dan mendengar suara akar umbi…










