Hantar barangan buangan elektrik ke pusat pengumpulan e-waste - Utusan Malaysia

Hantar barangan buangan elektrik ke pusat pengumpulan e-waste

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 5 Dis. – Orang awam dinasihatkan untuk menghantar barangan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) ke pusat pengumpulan bahan berkenaan untuk dilupuskan mengikut kaedah mesra alam. 


Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Rosli Zul berkata antara barangan e-waste yang terlibat ialah televisyen, peti sejuk, mesin basuh, penyaman udara, telefon bimbit dan komputer peribadi. 


Beliau juga menyifatkan kerjasama daripada pihak swasta dalam isu berkaitan e-waste, sama ada sebagai pusat pengumpulan atau pusat pelupusan membantu melengkapkan program itu. 


“Usaha yang lebih gigih perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran dalam isu e-waste. Penglibatan pihak swasta membolehkan orang awam mempunyai pilihan untuk menghantar buangan e-waste ke pusat pengumpulan,” katanya pada Pelancaran Pusat Pengumpulan e-waste di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini, hari ini. 


Teks ucapan Rosli dibacakan Timbalannya Mahamud Ismail dan turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Akademik) Polisas Che Alias Mohd Yusof dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Polisas Shahrulnizam Mohamed. 


Rosli juga menjelaskan bahan buangan e-waste disenaraikan sebagai bahan buangan terjadual mengikut Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. 


Mengenai pusat pengumpulan di Polisas, Rosli berkata ia merupakan lokasi keenam di Pahang selain daripada Jalan Tun Ismail dan Jalan Bukit Ubi di Kuantan, Bentong, Temerloh dan Jerantut.


Mengulas pusat pengumpulan di Polisas, pusat pengumpulan itu yang mula beroperasi hari ini, diusahakan dengan kerjasama syarikat barangan elektrik dan elektronik Senheng Electric Sdn Bhd. – BERNAMA 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN