KUALA TERENGGANU – Walaupun banyak persaingan daripada pelbagai jenis fabrik moden masa kini namun busana bercorak batik tidak pernah luput ditelan zaman. Menyedari potensi tesebut, pembuat batik terap, Haniza Hisham, 35, menganggap penghijrahannya dari ibu negara ke sebuah kampung di daerah Kuala Terengganu menjadi titik permulaan buat dirinya menelusuri sejarah batik. Menyorot kembali perjalanannya melangkah ke dalam bidang pembuatan batik, anak kelahiran Ampang, Kuala Lumpur itu berkata, dia pernah menjawat…










