MADRID 27 Dis. – Bos Mercedes, Toto Wolff mengakui, dia terkejut apabila mendapat tahu juara Formula Satu (F1) dunia, Lewis Hamilton menguji motosikal. Wolff mendedahkan, dia tidak tahu pemandu Britain itu menguji jentera Yamaha R4 di Jerez pada 1 Disember lalu bersama dua penunggang Kejuaraan Superbike Dunia, Michael Van de Mark dan Alex Lowes. Bercakap kepada akhbar La Gazzetta Dello Sport, Wolff berkata: “Apabila berita itu tersebar, saya cuba menghubunginya…










