Gunung Agung kembali meletus - Utusan Malaysia

Gunung Agung kembali meletus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Gunung Agung di Bali yang “tenang” beberapa bulan ini, kembali meletus hari ini.

Letusan hari ini itu berlaku kira-kira tiga minit dan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) kini meletakkan status tiga atau siaga, berikutan letusan terbaru itu.

Menurut PVMBG, gunung berapi yang terletak di Karangasem, Bali kembali meletus pukul 4.09 pagi waktu Indonesia Timur.

Orang ramai atau pelancong diarahkan tidak melakukan pendakian ke gunung itu dan diarahkan tidak melakukan sebarang aktiviti di lingkungan radius 4 kilometer dari kawah gunung berkenaan.

Sementara itu, media Indonesia melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali masih beroperasi seperti biasa setakat ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN