Guna Dron pantau kemajuan kampung - Utusan Malaysia

Guna Dron pantau kemajuan kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 4 Dis.- Dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) bakal digunakan untuk memantau kemajuan dan pembangunan infrastrukur 17,000 kampung di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, kebanyakkan lokasi kampung terletak di kawasan pendalaman khususnya di Sabah dan Sarawak menyukarkan pihaknya membuat pemantauan.

“Penggunaan drone ini masih di peringkat kajian, tetapi kita berharap dapat dilaksanakan bagi memudahkan kita mengetahui keperluan dan membuat siasatan lebih lanjut.

“Malah ia dapat membantu kerajaan untuk melengkapkan data profil kampung yang kini hanya siap 80 peratus iaitu input utama kita membuat perancangan di kawasan desa,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Hari Inovasi Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2018 di sini hari ini.

Sementara itu, Rina memaklumkan, program Desa Harapan yang merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan sosio ekonomi luar bandar buat julung kalinya mendapat kerjasama sektor swasta.

Menurut beliau, pihak swasta telah memberikan maklum balas positif untuk bersama kerajaan dalam membantu membangunkan taraf kehidupan masyarakat desa.

“Program berkenaan yang bakal dilancarkan pada pertengahan bulan ini adalah bukan sahaja dalam soal ekonomi tetapi juga merangkumi pendidikan dan keusahawanan.

“Ini merupakan kerjasama pertama sektor swasta dan kerajaan untuk berganding bahu mempertingkatkan keupayaan masyarakat luar bandar,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN