KUALA LUMPUR 30 Dis. – Golongan bujang yang mempunyai tanggungan antara kategori pemohon yang tidak layak menerima bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019. Berdasarkan laman web rasmi BSH, penerima kad debit diskaum siswa bagi sesi 2017 dan 2018 juga tidak layak untuk memohon bantuan tersebut. Di samping itu, ibu bapa yang tidak mempunyai tanggungan juga tidak layak menerima bantuan yang bakal diagihkan mulai 28 Januari tahun depan. Selain itu, mereka…









