KUCHING 12 Dis. – Seorang wakil rakyat daripada DAP hari ini meminta kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) supaya meminta maaf kepada penduduk Sarawak kerana berdiam diri berhubung geran khas kerajaan persekutuan kepada negeri berkenaan, yang diberi di bawah Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan dan disemak setiap lima tahun. Anggota Dewan Undangan Negeri Pending Violet Yong Wui Wui berkata beliau berasa sedih oleh sebab geran khas itu tidak disemak semula sejak 1969…










