JAKARTA 6 Dis.- Gempa bumi sederhana menggegarkan Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat sekitar 8.02 pagi tadi. Memetik laporan Detik News, Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami (BMKG), Rahmat Triyono dalam keterangan memberitahu gempa turut dirasai sehingga Bali. “Hasil penelitian mendapati gempa ini pada memiliki kekuatan 5.7 skala ritcher, kemudian berkurang kepada 5.3 skala ritcher” katanya. Sehingga kini, tiada kematian dan kerosakan harta benda dilaporkan.










