KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada pukul 11.39 pagi tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak pada jarak 177 kilometer (km) tenggara dari Davao, Filipina dengan kedalaman 10 kilometer. Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama










