LONDON 22 Dis. – Polis Sussex telah menangkap dua orang berhubung ‘jenayah penggunaan dron’ di Lapangan Terbang Gatwick yang menjejaskan penerbangan melibatkan lebih 120,000 penumpang semalam. Menurut Superintenden James Collis, tangkapan tersebut dibuat pada pukul 10 malam waktu tempatan. “Ianya sebahagian daripada siasatan sedang berjalan berhubung jenayah menggunakan dron hingga mengakibatkan gangguan penerbangan. “Siasatan daripada semua segi akan dibuat sehingga kita yakin bahawa ancaman selanjutnya ditangani bagi keselamatan para penumpang,”…









