Force India tukar nama - Utusan Malaysia

Force India tukar nama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Dis. – Pasukan Force India tidak akan menggunakan lagi nama tersebut dalam saingan Formula Satu (F1) musim depan selepas 11 tahun beraksi apabila pasukan yang berpangkalan di Britain itu bakal dikenali Racing Point F1 seperti dimaklumkan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Jentera baharu mereka akan dikenali sebagai Racing Point manakala nama pasukan adalah Racign Point UK Limited.

Force India mula dikenali sejak 2008 selepas ahli perniagaan minuman keras, Vijay Mallya membeli Spyker F1 telah diambil oleh hartawan Kanada, Lawrence Stroll yang mengambil alih pasukan itu pada Ogos lalu.

Begitu pun, nama Racing Point Force India digunakan pada separuh aksi musim ini bagi membezakan pasukan Sahara Force India yang merupakan milikan bersama Mallya dan Kumpulan Sahara India.

Pelumba Mexico, Sergio Perez dan anak Stroll, Lance merupakan pelumba jentera pasukan tersebut pada musim depan.

Dalam pada itu, Ferrari telah menukar nama kepada Scideria Ferrari Mission Winnow manakala Haas bertukar kepada Rich Energy Hass F1 selepas mempunyai kaitan dengan penajaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN