MUKADIMAHISU lebihan makanan sehingga berlakunya pembaziran bukanlah baharu dalam kalangan rakyat Malaysia. Tahun lalu sahaja dilaporkan sebanyak 8,000 tan makanan dibazirkan rakyat. Sehubungan itu, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna diberi tanggungjawab melaksanakan program Food Bank Malaysia sebagai langkah mengatasi tabiat pembaziran ini. Kepada Utusan Malaysia, Ketua Setiausaha kementerian, DATUK SERI JAMIL SALLEH menjelaskan mengenai program tersebut. UTUSAN: Bagaimana program ini bermula? JAMIL: Food Bank…










