KUALA LUMPUR 10 Dis. – Teka-teki siapa Pengerusi baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akhirnya terjawab apabila Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengumumkan pelantikan ahli Lembaga baharu badan itu di sini hari ini.
Menurut Menterinya, Gobind Singh Deo, pelantikan ahli Lembaga tersebut dibuat pada 22 November lalu dan ia bertujuan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan semula berdasarkan hala tuju kementerian tersebut.
“Lembaga baharu ini terdiri daripada individu yang berpengalaman luas dan berpengetahuan dalam bidang perfileman, karyawan, perakaunan dan perundangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jawatan Pengerusi Finas kini disandang Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Samsuni Mohd. Nor manakala Timbalan Pengerusi disandang penasihat undang-undang, Affendy Ali Dally.
Berikut merupakan senarai penuh ahli Lembaga Finas :
Pengerusi
Datuk Samsuni Mohd. Nor
Timbalan Pengerusi
Affendy Ali Dally
Ahli Lembaga
1. Rashid Karim
2. Hasnul Hadi Samsudin
3. Onn Norshal Hamzah
4. Mohan Rao
5. Salwah Shukor
6. Andrew Tai
Wakil-wakil kementerian
1. Datuk Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor (Kementerian Komunikasi dan Multimedia)
2. Siti Juraini Jalaludin (Kementerian Kewangan)
Pemangku Ketua Pengarah
Shakib Ahmad Shakir
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah
Fairul Azida Shahabudin
Panel Penasihat
1. Ku Mohamad Haris Ku Sulong
2. Bront Palarae
3. Mohamed Harun Abdul Rahman
4. Wee Meng Hee
5. Nadira Ilana
6. Juhaidah Joemin
7. Anna Har
8. Adrian Teh
9. Syafiq Yusof
10. Mohamad Ghazali Jeman
11. Shanjhey Kumar Perumal – UTUSAN ONLINE











