FGV failkan saman terhadap Isa Samad, bekas CEO - Utusan Malaysia

FGV failkan saman terhadap Isa Samad, bekas CEO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Dis. – FGV Holdings Berhad (FGV) telah memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah dengan menuntut lebih RM7.69 juta dalam bentuk ganti rugi.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat menjelaskan saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu adalah berhubung pembelian oleh FGV terhadap kondominium mewah terletak di Troika, Persiaran KLCC, di sini dengan harga yang dikatakan melebihi pasaran.

Saman itu juga berkaitan penyalahgunaan kenderaan syarikat dan faedah petrol oleh Mohd. Emir.

Sehubungan itu, FGV menuntut RM4.54 juta daripada kedua-dua defendan berhubung pembelian kondo berkenaan dan RM3.15 juta daripada Mohd. Emir atas dakwaan menyalahgunakan kenderaan syarikat dan faedah petrol.

Di samping itu, syarikat itu juga berusaha mendapatkan faedah pada kadar lima peratus setahun terhadap ganti rugi yang diberikan mulai dari tarikh pemfailan saman itu sehingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN