KUALA LUMPUR 12 Dis. – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia untuk memberi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat dakwaan kebanjiran penyokong yang melebihi kapasiti ketika final pertama Piala AFF di antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Netizen mencetuskan pelbagai persoalan di media sosial selepas mereka mendapati kepadatan luar biasa apabila ada dalam kalangan penyokong terpaksa berdiri sepanjang menonton perlawanan tersebut yang berkesudahan seri 2-2.…










