PARA penyokong skuad Harimau Malaya boleh membeli tiket final kedua Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Hanoi pada Sabtu ini mulai semalam dan hari ini. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 3,000 keping tiket pada harga RM43 sekeping disediakan untuk penyokong Malaysia menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional My Dinh itu. Sepak…










