LAHAD DATU 6 Dis. – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) masih menjalankan siasatan berhubung seorang juragan bot tunda warga Indonesia cedera ditembak di perairan sempadan Kinabatangan-Tambisan, malam tadi. Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata dalam kejadian 8 malam itu, lelaki berusia 40-an itu cedera ditembak ketika sedang menunda bot Mantran 2 yang membawa 13 kru iaitu dua warga Malaysia dan bakinya warga Indonesia yang dalam perjalanan dari Bintulu,…










