Equanimity akan dijual hujung Mac depan - Utusan Malaysia

Equanimity akan dijual hujung Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Kapal layar mewah, Equanimity akan dijual secara rasmi dengan sembilan angka kepada pembeli baharunya pada penghujung Mac tahun depan.

Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), peguam yang mengendalikan urusan jual beli tersebut, S.Sitpah berkata, proses pembidaan kapal layar mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low itu ditutup pada 28 November lalu.

Jelas Sitpah yang mewakili Jabatan Peguam Negara, pembidaan itu diperoleh selepas Mahkamah Tinggi (Bahagian Admiralti) membenarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kerajaan menjualnya.

“Pegawai Mahkamah Tinggi (Bahagian Admiralti) akan mendapatkan perintah mahkamah yang diperlukan untuk memulakan fasa kedua penjualan kehakiman oleh perjanjian peribadi.

“Sherif (pegawai mahkamah) berpendapat fasa kedua akan memberi kelebihan dalam mendapatkan nilai optimum untuknya,” katanya sambil menambah kapal layar itu akan dijual pada harga yang sepadan dengan spesifikasinya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN