KEMAMAN – Anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) dijangka mencapai prestasi memberangsangkan dengan unjuran keuntungan sebanyak RM295 juta pada tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor berkata, keuntungan tersebut merupakan peningkatan RM25 juta berbanding RM270 juta yang dicatatkan bagi tempoh sama pada tahun lalu. “Walaupun berdepan dengan penurunan harga minyak dan penyusutan nilai ringgit, EPIC menerusi sembilan anak syarikatnya berjaya meningkatkan…










