IPOH 11 Dis. – Enam orang disahkan maut dalam kebakaran rumah kedai di Jalan Puncak Jelapang 3, Puncak Jelapang Maju di sini hari ini. Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut pada pukul 1.55 petang dan setibanya di tempat kejadian didapati sebuah rumah kedai terbakar 40 peratus. “Terdapat enam orang mangsa telah disahkan meninggal dunia. Operasi memadam kebakaran sedang dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru…










