Enam individu maut, rumah kedai terbakar - Utusan Malaysia

Enam individu maut, rumah kedai terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Enam maut dalam satu kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Puncak Jelapang 3, Puncak Jelapang Maju, Jelapang dekat sini sebentar tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awan pada pukul 1.55 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Tiba di tempat kejadian, anggota mendapati 40 peratus premis berkenaan sedang terbakar.

“Setakat ini, enam individu disahkan maut dalam kebakaran tersebut,” katanya.

Tinjauan Kosmo! Online di lokasi kejadian mendapati api telah berjaya dipadamkan dan pihak bomba sedang mengeluarkan mangsa yang rentung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN