BUKAYU 22 Dis.- Empat wanita dan seorang kanak-kanak terkorban dalam kejadian tanah runtuh di timur DR Congo, di sini. AFP melaporkan, kesemua mangsa disahkan mati selepas terperangkap dalam rumah yang ditimbus tanah runtuh tersebut. Sementara itu, Datuk Bandar, Munyole Kashama memaklumkan empat lagi mangsa dilaporkan cedera parah dalam bencana berkenaan. Katanya, usaha mencari lebih ramai mangsa masih diteruskan.










