Empat termasuk tiga sekeluarga maut kemalangan - Utusan Malaysia

Empat termasuk tiga sekeluarga maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 9 Dis. – Empat orang termasuk tiga sekeluarga maut dalam kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Waja dan Perodua Myvi di Kilometer 16 Jalan Lipis-Benta-Raub di Lipis dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul pukul 3.50 petang itu, mangsa yang maut merupakan pemandu dan dua penumpang Proton Waja dan seorang lagi pemandu Perodua Myvi.

Pemandu Proton Waja yang maut ialah Mukhtar Hassan, 62, dan isterinya, Khatijah Hussin, 61, serta cucu mereka, Ahmad Fakhrul Muslim Ahmad Ridhwan yang berusia dua tahun.

Pemandu Perodua Myvi yang maut ialah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Muhamad Samsol Kamal Mat Arifin, 22.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi itu gagal memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan Proton Waja terbabit di lokasi kejadian.

“Proton Waja berkenaan dinaiki oleh lapan orang manakala Perodua Myvi dua orang,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN