Empat pemimpin UMNO Sabah bertemu PM minggu lepas- Annuar - Utusan Malaysia

Empat pemimpin UMNO Sabah bertemu PM minggu lepas- Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan perjumpaan empat pemimpin UMNO Sabah bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya minggu lalu yang dipercayai bagi membincangkan tindakan mereka untuk keluar daripada UMNO.

Tanpa menyebut nama mereka, Annuar berkata, empat pemimpin tersebut ialah dua Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri. 

“Saya tak boleh buat kenyataan nanti kawan-kawan kecil hati tetapi saya tahu siapa, bila dan apa perkara yang dibincangkan. 

“Setakat ura-ura yang saya dengar, mereka mahu keluar untuk jadi ahli bebas kerana dikatakan mereka telah diberi syarat begitu bagi membolehkan mereka mendapatkan peruntukan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini petang tadi. 

Beliau mengulas laporan sebuah portal yang menyatakan empat pemimpin UMNO bakal keluar parti dan UMNO Sabah bakal dibubarkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN