ANKARA 13 Dis. – Sekurang-kurangya empat orang maut dan lebih 40 cedera apabila dua tren berkelajuan tinggi bertembung dalam satu kejadian di sini, semalam. BBC melaporkan, kemalangan itu berlaku pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan. Ketika kejadian, tren tersebut dalam perjalanan dari sebuah stesen di Ankara ke bandar Konya di barat Turki. – AGENSI










