Emery enggan pandang rendah Huddersfield - Utusan Malaysia

Emery enggan pandang rendah Huddersfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Arsenal, Unai Emery menggesa anak-anak buahnya supaya tidak memandang rendah keupayaan Huddersfield menjelang aksi Liga Perdana England (EPL) di Stadium Emirates malam ini.

Meskipun The Gunners menampilkan aksi konsisten musim ini, namun Emery khuatir sekiranya Huddersfield mampu melakukan kejutan ke atas mereka di laman sendiri.

“Selepas menyertai Liga Perdana, saya semakin sedar bahawa setiap pasukan memiliki ramai pemain dan organisasi yang bagus. Mereka juga turut miliki peluang catat kemenangan dalam 90 minit permainan.

“Justeru, pertemuan dengan mereka Sabtu ini (hari ini) memerlukan usaha yang lebih daripada semua pemain. Kami perlu hormati mereka sama seperti Manchester United dan Tottenham Hotspur,” kata Emery.

Bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG) itu juga percaya Huddersfield akan memberikan tentangan sengit kepada Arsenal berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan skuad kendalian David Wagner itu.

“Kami perlukan usaha keras daripada semua pemain, tidak kira sama ada dari segi individu ataupun berpasukan sekiranya mahu catat kemenangan kerana Huddersfield berada pada prestasi terbaik mereka.

“Saya yakin dengan kemampuan pemain-pemain Arsenal dan kami tidak akan ambil mudah saingan lawan. Beraksi di laman sendiri turut memberikan suntikan motivasi buat kami,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN