Durian runtuh menanti Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Durian runtuh menanti Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Durian runtuh bakal menanti barisan pemain bola sepak negara yang akan berjuang dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2018, malam ini.

STEVEN SIM CHEE KEONG
STEVEN SIM CHEE KEONG 

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, kerajaan tidak mempunyai halangan untuk memperuntukkan insentif berdasarkan pencapaian cemerlang pemain sepanjang kejohanan berlangsung.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan apakah bentuk habuan atau insentif yang akan diberikan kelak.

“Saya rasa perkara itu tidak ada masalah yang penting adalah kita memberi sokongan kepada pemain kita.

“Fokus kita sekarang adalah kepada perlawanan, imbuhan itu kita bincang kemudian dan saya rasa tiada masalah,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Malaysia bakal berdepan tentangan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum bertandang ke gelanggang lawan Sabtu ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN