Dua warga emas muncul pelajar terbaik KQT - Utusan Malaysia

Dua warga emas muncul pelajar terbaik KQT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 13 Dis. – Dua pelajar warga emas hari ini dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi kategori lelaki dan perempuan dalam Majlis Haflu Al Takrim Al-Sanawi 2018 Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Kedua-duanya, Mohd. Nor Rani, 65, dan Wan Muni Wan Muda, 75, masing-masing menerima Anugerah Kulliyyah Al-Furqan bagi kategori lelaki dan perempuan.

Mohd. Nor yang merupakan bekas Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) secara khususnya dianugerahi Imam Ibnu Tohhan Al-Andalusiy manakala Wan Muni pula mendapat Sheikhah Ummu Sa’ad Najm Al-Misriyyah.

Mereka berdua adalah antara 616 pelajar KQT yang diraikan hari ini dalam majlis Haflu Al-Takrim Al-Sanawi 2018 kali ini dan daripada jumlah itu, 555 orang merupakan penerima Sijil Ulum al-Quran manakala selebihnya iaitu 61 orang adalah penerima Sijil Dirasat Quraniah.

Perasmian majlis graduasi itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×