Dua wanita antara lima penagih dicekup polis - Utusan Malaysia

Dua wanita antara lima penagih dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Dua wanita antara lima individu disyaki penagih dadah berusia di antara 23 hingga 46 tahun ditahan dalam operasi di sebuah rumah di Kampung Seberang Tok Dooi, Tasek Gelugor di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, pihak polis turut merampas sejumlah dadah bernilai RM1,025 dalam operasi kira-kira pukul 4 petang itu.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut, kita menjumpai sebanyak 22 gram (g) dadah disyaki jenis heroin dan 1.7g disyaki dadah jenis syabu.

“Hasil ujian air kencing turut mendapati kesemua suspek positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Noorzainy, kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B, Sekayen 12(2) dan Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN