LONDON 22 Dis.- Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang didakwa bertanggungjawab menerbangkan dron yang melumpuhkan operasi Lapangan Terbang Gatwick, baru-baru ini.
Polis dalam kenyataan memaklumkan, kedua-dua suspek masing-masing berusia 47 dan 54 tahun itu ditahan di kejiranan berdekatan, lewat semalam.
Kedua-dua ditahan atas dakwaan mengganggu perkhidmatan penerbangan awam.
Lapangan terbang tersebut ditutup baru-baru ini ekoran gangguan keselamatan oleh dron yang berlegar-legar di laluan pesawat.
Insiden tersebut mengakibatkan hampir 1,000 penerbangan dibatalkan dan menjejaskan perjalanan 140,000 penumpang.-AGENSI










