IPOH – Dua lelaki ditahan Jabatan Perikanan Perak selepas mereka berdua menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan peralatan renjatan elektrik di Sungai Pinji, Tambun di sini pagi tadi. Dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 11.30 pagi itu, kedua-dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 42 tahun itu ditahan ketika sedang memunggah hasil tangkapan ke dalam kereta. Pengarah Jabatan Perikanan Perak, Zaki Mokri berkata, pihaknya melakukan intipan selepas mendapat aduan daripada orang awam…










