Dua kementerian bakal berbincang - Utusan Malaysia

Dua kementerian bakal berbincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Kementerian Hal Eh­wal Ekonomi akan men­gadakan perbincangan dengan Kementerian Perta­nian dan Industri Asas Tani bagi mencari inisiatif terbaik dalam mempertingkatkan produkti­viti golongan peladang, petani, penternak dan nelayan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana industri pertanian negara berpotensi untuk pergi lebih jauh termasuk menembusi pasaran antarabangsa pada masa hadapan terutama dalam aspek penggunaan teknologi baharu.

“Sudah tentu dengan penggunaan teknologi baharu, terkini serta bantuan modal kepada mereka dapat membantu memperluaskan lagi sektor pertanian di kawasan masing-masing.

“Malah, dengan penganjuran Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa 2018 (MAHA 2018) ini, ia membuka ruang dan peluang kepada peladang, penternak, nelayan dan petani untuk mempromosikan produk mereka,” katanya ketika ditemui semasa melawat MAHA 2018, Serdang, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, hasil pertanian yang berkualiti mampu me­nembusi pasaran antarabangsa selepas peningkatan kualiti pembungkusan dan produk makanan di negara ini.

Beliau percaya dengan sokongan kerajaan dan industri, sektor pertanian akan me­nyumbang kepada ekonomi dan Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN