SETIU – Dua perkampungan lagi di daerah ini mula dinaiki banjir pada awal pagi tadi berikutan hujan lebat selama lebih enam jam yang berlarutan sejak semalam. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, penempatan baharu yang ditenggelami bah tersebut ialah Kampung Bukit Nyior dan Kampung Langkap dekat sini. Beliau berkata, dua perkampungan tersebut berhampiran dengan Kampung Merbau dekat sini yang telah dilanda banjir bermula pukul 7…










