Dua beregu mampu menyerlah - Utusan Malaysia

Dua beregu mampu menyerlah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Biarpun menghantar skuad kecil dalam Siri Jelajah Dunia Akhir di Guangzhou yang bermula hari ini, namun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan harapan besar kepada dua wakilnya untuk me­langkah ke perlawanan akhir.

CHAN PENG SOON (belakang) dan Goh Liu Ying mengetuai cabaran Malaysia
CHAN PENG SOON (belakang) dan Goh Liu Ying mengetuai cabaran Malaysia 

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengetuai cabaran beregu campuran negara bersama Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Soon Huat-Shevon diletak dalam kumpulan sukar bersama pasangan No.1 dunia dari China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong manakala gandingan Peng Soon-Liu Ying berada dalam Kumpulan B bersama gandingan kedua dunia juga dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping.

Meskipun bakal berdepan cabaran getir dalam peringkat kumpulan namun Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria tetap berharap mereka mampu ke aksi final.

Katanya, cabaran yang dihadapi mereka sukar tetapi tidak mustahil mampu melakar kejutan besar.

“Kita ada dua wakil di sana dan berharap mereka dapat merebut tempat untuk final.

“Kejayaan mereka akan menjadi pembakar semangat pasukan bagi memulakan 2019 yang bakal menampilkan kelayakan ke Sukan ­Olimpik Tokyo 2020,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain pasangan No.1 dunia, Soon Huat-Shevon juga akan berdepan cabaran Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand dan gandingan England, Marcus Ellis-Lauren Smith.

Peng Soon-Liu Ying pula berdepan pasangan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dan Hafiz Fazila-Gloria Emmanuel Widjaja dari Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN