KUANTAN 23 Dis. – Seorang jururawat dan bayinya yang berusia lapan bulan maut setelah kereta Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan lori jenis Isuzu dalam kemalangan di Jalan Felda Selancar Muadzam Shah, Rompin di sini hari ini. Mangsa yang maut dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu ialah Rahimah Jaffar, 34, dan anaknya, Muhammad Zamil Abdul Aris. Seorang lagi anak Rahimah, Firas, 5, cedera parah dan dirawat di Hospital Segamat, Johor…










