BINTULU 1 Dis. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad malam ini melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak di Dewan Suarah Bintulu, di sini
Dr. Mahathir berkata, beliau kagum dengan jumlah kehadiran yang ramai yang tentu menunjukkan bahawa rakyat Sarawak ingin Bersatu melebarkan sayapnya ke negeri ini.
Yang turut hadir, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Pemimpin Bersatu yang hadir termasuk Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Naib Presiden Bersatu, Datuk Abdul Rashid Ansari; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya; Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan penyelaras Bersatu Sarawak, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.
Dr. Mahathir adalah Pengerusi Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR, serta Amanah dan beliau juga merupakan Pengerusi Bersatu.
Ini merupakan lawatan kali pertama Dr. Mahathir ke bandar minyak dan gas ini sejak beliau kembali sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Beliau dijadualkan kembali ke ibu negara pagi esok. – BERNAMA










