Diskaun 50 peratus saman trafik di Port Dickson - Utusan Malaysia

Diskaun 50 peratus saman trafik di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 21 Dis. – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Port Dickson menawarkan diskaun saman bagi kesalahan trafik sebanyak 50 peratus sempena Hari Bersama Pelanggan pada Sabtu dan Ahad ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kaunter semakan dan pembayaran saman itu akan dibuka di tapak berhampiran Pasar Raya TF di PD Waterfront di sini.

“Ambillah peluang ini untuk datang beramai-ramai terutama kepada mereka yang mempunyai saman tertunggak kerana kami menyediakan kaunter yang akan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham memberitahu, tawaran diskaun itu merangkumi semua jenis kesalahan trafik kecuali saman kemalangan, saman berstatus tidak boleh kompaun, saman waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman berkaitan lori, saman Op Selamat tahun semasa dan saman berstatus mahkamah.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar membuat semakan awal jenis-jenis saman yang boleh menikmati diskaun di balai polis trafik berhampiran atau secara talian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN