Dijel 5 tahun, ibu tunggal pecah wang amanah - Utusan Malaysia

Dijel 5 tahun, ibu tunggal pecah wang amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang ibu tunggal dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas dua pertuduhan pecah amanah berhubung wang kutipan harian sebuah syarikat telekomunikasi berjumlah RM1.2 Juta tahun lalu.

Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Asmira Ariffin ,42, selepas tertuduh mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh jatuh hukum semalam.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa sebagai seorang pengurus jabatan wang kutipan syarikat U-Mobile yang diamanahkan dengan wang kutipan harian U-Mobile Cawangan Berjaya Times Square iaitu RM720,005.40 dan RM570,753.50 telah melakukan pecah amanah terhadap wang tersebut.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di U-Mobile Sdn. Bhd. cawangan Berjaya Times Square, aras bawah Berjaya Times Square, Jalan Imbi disini antara 18 Ogos 2015 hingga 21 April 2017. 

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan. 

Terdahulu,Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Asmira yang diwakili peguam Zulkefli Omar memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai kesalahan lampau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×